POLA LENGAN "Two-Piece Sleeves"
Apa itu Pola Pakaian? Pola pakaian merupakan pelan yang di draf oleh seorang Patternmaker atau seorang Cutter yang berkecimpung dalam industri fashion. Untuk menghasilkan pola pakaian, seorang Patternmaker ataupun Cutter memerlukan ukuran badan pelanggan yang diambil oleh seorang Fitter atau Pengukur di sesuatu butik. Seorang Fitter atau Pengukur yang bagus pula, akan "membaca" Proportion badan pelanggan sebelum mengambil ukuran. Ini bagi memastikan Patternmaker dapat menghasilkan sehelai Pattern atau Pola Pakaian yang "membaca" Proportion badan pelanggan. Hal ini kerana, sehelai Pattern atau Pola Pakaian yang bagus, bukan sahaja tepat pada ukuran pembahagian nya. Namun ia harus tepat dari sudut bentuk Formula nya. Semoga bermanfaat. |