Saturday, 29 May 2021

 

POLA PAKAIAN BADAN HADAPAN, BADAN SISI & BADAN BELAKANG


POLA LENGAN "Two-Piece Sleeves"

Apa itu Pola Pakaian? Pola pakaian merupakan pelan yang di draf oleh seorang Patternmaker atau seorang Cutter yang berkecimpung dalam industri fashion. Untuk menghasilkan pola pakaian, seorang Patternmaker ataupun Cutter memerlukan ukuran badan pelanggan yang diambil oleh seorang Fitter atau Pengukur di sesuatu butik. Seorang Fitter atau Pengukur yang bagus pula, akan "membaca" Proportion badan pelanggan sebelum mengambil ukuran. Ini bagi memastikan Patternmaker dapat menghasilkan sehelai Pattern atau Pola Pakaian yang "membaca" Proportion badan pelanggan. Hal ini kerana, sehelai Pattern atau Pola Pakaian yang bagus, bukan sahaja tepat pada ukuran pembahagian nya. Namun ia harus tepat dari sudut bentuk Formula nya. Semoga bermanfaat.

 

Wednesday, 30 March 2016

Puma x Alexander McQueen

Alexander McQueen Dextral Mid, dilancarkan pada Spring / Summer 2012 merupakan salah satu strategi Puma dalam usaha membawa label mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal dunia, Alexander Mcqueen, telah memberi nafas baru kepada Puma. Seperti yang sedia maklum, McQueen mempunyai estetika serta ketaksuban yang meninggi dengan burung. Beliau telah menghasilkan lakaran helang sebagai inspirasi beliau terhadap salah satu dari 12 rekaan kasut untuk keluaran tahun itu.
Alexander McQueen Dextral Mid 
(Photographed by HOFA)

Lakaran Helang Alexander McQueen

Tag Buckle tertera logo Alexander McQueen dan Puma sebagai aksesori yang ada pada kasut
( Sumber gambar dari Alexander McQueen )

HOFA with his Dextral Mid ✌

Tuesday, 29 March 2016

Silhouette Rhapsody by HOFA

Silhouette Rhapsody 
The Silhouette Rhapsody Backdrop by HOFA

Iqram Dinzly wearing HOFA Shuriken
at Anugerah Skrin

HOFA On the scene

HOFA Shuriken

HOFA Butterfly Rhapsody

HOFA Houndstooth Rhapsody


HOFA Peplum Rhapsody

Double Breasted Coat and White Dress by HOFA

Baju Melayu Moden and Kebaya Moden by HOFA

Nasreq wearing HOFA Songket Rhapsody

HOFA Baju Melayu Rhapsody

HOFA Peplum Rhapsody

HOFA Cape Rhapsody

HOFA Cape Rhapsody

House of Fiq Atelier (HOFA)

HOUSE OF FIQ ATELIER


HOFA telah ditubuhkan pada tahun 2012 bermula di Johor Bahru (JB). HOFA merupakan singkatan nama House Of Fiq Atelier. Ini membawa maksud setiap rekaan yang dihasilkan di dalam label ini berpandukan hasil idea, sifat, pengalaman, sejarah fesyen, kreativiti dan nilai estetika pengasas itu sendiri. AESTHETIC HOFA adalah kesempurnaan dalam pola pakaian. ATELIER merupakan bahasa French yang membawa maksud studio yang digunakan oleh seorang pereka.

Toile

TOILE merupakan bahasa Perancis yang membawa maksud pakaian contoh yang digunakan untuk proses rekaan menggunakan pendekatan 3D. Sebelum penghasilan rekaan di fabrik sebenar, majoriti pereka fesyen menghasilkan TOILE , bagi mengacu rekaan mereka untuk melihat kesempurnaan rekaan berpandukan lakaran awal. Toile dihasilkan menggunakan fabrik yang jauh lebih murah berbanding fabrik lain. Fabrik yang biasa digunakan ialah Belacu.



Pelajar kelas asas jahitan HOFA telah berjaya menghasilkan Toile.

Toile Coat

Salah satu rekaan HOFA yang perlu melalui proses Toile bagi mendapat kesempurnaan rekaan.